Tuesday, November 21, 2023

E-FOLIO (PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN)

😇 

E-FOLIO - PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (MPU21032)

 

 

SUKAN MEMUPUK PERPADUAN DI MALAYSIA

NAMA KUMPULAN:
  1. MUHAMMAD TAUFIQ BIN MAZLAN (04DPT21F1024)
  2. LAU XUAN YI (04DPT21F1050) 
KELAS : DPT5A
KURSUS : DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (PERTANIAN)
NAMA PENSYARAH : PUAN NOR ARYADA BINTI MAHMAD
SUBJEK : MPU21032-PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
SESI : 1:2023/2024
JABATAN : JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL


 

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera, bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmatnya dapat kami menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada  DR. Alias Bin Mat Saad , Pensyarah Matapelajaran Penghayatan Etika Dan Peradaban (MPU21032), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Selain itu, Tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan ini. Akhir kata, kami juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sikap kerjasama yang di tunjukkan oleh rakan-rakan teryata membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang diberi ini.  Tanpa bantuan dari semua pihak, tidak mungkin kami dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna.


PENGENALAN

Kursus ini mempersiapkan pelajar untuk menghayati etika dan peradaban yang wujud dalam masyarakat kepelbagaian etnik di Malaysia untuk memperteguhkan pemikiran kritikal dan analitikal mereka bagi menangani kehidupan yang lebih mencabar. Pengisian kursus ini memfokuskan kepada penghayatan etika dan peradaban dalam acuan Malaysia. Pelajar akan didedahkan dengan dinamika konsep etika dan peradaban yang menjadi kekuatan kepada pembentukan negara Malaysia berdasarkan susur masa evolusi sejarahnya dari era pra-kolonial sehingga ke pasca-kolonial. Kefahaman tentang pembentukan etika dan peradaban dalam masyarakat kepelbagaian dibincangkan bagi meningkatkan penghayatan etika dan peradaban ke arah pemantapan kesepaduan nasional dan bangsa Malaysia. Peradaban acuan Malaysia perlu dikupas serta diperdebatkan dalam aktiviti akademik berpandukan Perlembagaan Persekutuan sebagai tapak integrasi dan wahana etika dan peradaban. Pembinaan kesepaduan nasional amat dipengaruhi oleh globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang kompleks. Oleh kerana itu, penghayatan etika dan peradaban menzahirkan perilaku tanggungjawab sosial dan digerakkan pada peringkat individu, keluarga, komuniti, masyarakat, dan negara. Justeru, perubahan yang berlaku dalam masyarakat dan pembangunan langsung ekonomi telah membawa cabaran baru dalam mengukuhkan kelestarian etika dan peradaban di Malaysia. Amalan Pendidikan Berimpak Tinggi (HIEPs) dipraktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mendalami kursus ini. (pengajaran & pembelajaran). 

 



Badan sihat otak cerdas. Peribahasa ini jelas menunjukkan bahawa bersenam banyak membawa faedah kepada manusia. Lantaran itu, setiap orang harus meluangkan masa untuk melakukan aktiviti senaman dan renggangan. Dengan bersenam, tubuh akan menjadi lebih sihat.😇😇

 

 

 

 




E-FOLIO (PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN)

😇  E-FOLIO - PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (MPU21032)     SUKAN MEMUPUK PERPADUAN DI MALAYSIA NAMA KUMPULAN : MUHAMMAD TAUFIQ BIN MAZLAN ...