BADMINTON

Sejarah Badminton Di Malaysia

Pada tahun 1925 Persatuan Badminton Pulau Pinang ditubuhkan. Selepas itu diikuti dengan
penubuhan Persatuan Badminton Perak. Pada tahun 1934, Persatuan Badminton Malaya
ditubuhkan dengan J.I Woods sebagai presiden yang pertama. Pada tahun 1937 Persatuan Badminton Malaya bergabung dengan Persatuan Badminton Antarabangsa (IBF). Pada tahun 1960 Persatuan Badminton Malaya (BAM) telah ditubuhkan dengan Tan Sri Mohd Khir Johari sebagai presiden yang pertama. Tugas utama BAM adalah memajukan permainan badminton negara melalui pelbagai program dan perancangan yang diwujudkan.

Undang-undang Badminton 

 https://wongsengkhen.wordpress.com/about/undang-undang-dan-peraturan-badminton/

 

Cerita Malaysia Tidak Merangkul Pingat Emas Olimpik

Malaysia tidak pernah merangkul pingat emas dalam sukan Olimpik. Walaupun kita sudah menyertai Olimpik sejak Tokyo 1964 (dan sebelum itu sebagai Malaya dan Borneo Utara sejak Melbourne 1956). Punca utama adalah kerana acara sukan yang dipertandingkan semuanya bukan sukan di mana atlet kita handal pada tahap dunia. Dan oleh kerana itu, jangankan pingat emas bahkan perak dan gangsa pun tidak pernah kita kecapi.

Semuanya berubah apabila IOC memutuskan bahawa sukan badminton terpilih sebagai salah satu sukan dalam Olimpik Barcelona 1992. Badminton adalah satu sukan dimana negara kita boleh diambil kira sebagai kuasa besar sukan itu dan atlet badminton kita merupakan antara pemain terbaik dunia. Dengan adanya badminton dalam sukan Olimpik, kemungkinan Malaysia merangkul pingat emas bukan lagi persoalan ya atau tidak tetapi lebih kepada persoalan bila ia akan berlaku.

Barcelona 1992

Punch Gunalan, Jalani Sidek, Elyas Omar and Razif Sidek - Barcelona 1992.

Punch Gunalan, Jalani Sidek, Elyas Omar and Razif Sidek - Barcelona 1992.

Image via olympics.bwfbadminton.com

Kalaulah mahu dicongak edisi Olimpik yang mana satu paling berpotensi memberikan kilauan emas buat Malaysia, maka Barcelona 1992 mungkin berada dalam senarai teratas. Baru sahaja dua bulan sebelum Barcelona 1992, Malaysia muncul juara Piala Thomas di Kuala Lumpur. Lantas kita turun ke gelanggang badminton di Barcelona selaku juara Piala Thomas, piala paling berprestij dalam dunia badminton. Pun begitu Foo Kok Keong hanya mampu mara ke pusingan ketiga sebelum ditundukkan oleh jagoan Indonesia, Ardy Wiranata manakala Rashid Sidek pula cuma pergi sejauh suku akhir dan tumpas kepada perseorangan Denmark, Thomas Stuer-Lauridsen.

Dalam acara beregu pula, beregu Cheah Soon Kit/Soo Beng Kiang tewas pada Li Yongo/Tian Yingbi dari China dalam pusingan pertama. Hanya beregu Razif Sidek/Jalani Sidek sahaja yang pergi sejauh separuh akhir sebelum kalah kepada beregu Korea Selatan, Kim Moon-soo/Park Joo-bong sekaligus memberikan pingat pertama Malaysia di Olimpik dalam bentuk gangsa. Tidak ada atlet badminton wanita negara di Barcelona 1992. Indonesia yang tewas pada kita dalam akhir Piala Thomas dua bulan sebelumnya muncul juara keseluruhan badminton di Barcelona 1992.

Atlanta 1996

Rashid Sidek (tiga dari kiri).

Rashid Sidek (tiga dari kiri).

Image via www.olympic.org

Selepas kecewa di Barcelona 1992, pasukan badminton negara turun ke gelanggang di Atlanta 1996 dengan tekad baru memburu kilauan emas. Harapan perseorangan disandarkan pada veteran Rashid Sidek dan muka baru, Ong Ewe Hock. Beregu pula menyaksikan gandingan Cheah Soon Kit/Soo Beng Kiang diceraikan untuk membentuk gandingan Cheah Soon Kit/Yap Kim Hock dan Soo Beng Kiang/Tan Kim Her. Buat kali pertama juga atlet badminton wanita kita turun, Chan Chia Fong tapi beliau tewas dalam perlawanan pertama kepada perseorangan China, Ya Zhaoying.

Rekod Malaysia di Atlanta 1996 lebih baik, Rashid Sidek merangkul pingat gangsa dengan menewaskan Heryanto Arbi dari Indonesia. Beregu Cheah Soon Kit/Yap Kim Hock pula mara ke perlawanan akhir bertemu beregu Indonesia, Rexy Mainaky/Rick Subagja. Empat tahun lalu dalam Piala Thomas 1992, Cheah Soon Kit yang merupakan senior sekolah aku pernah menewaskan beregu musuh dari Indonesia mereka itu ketika bergandingan bersama Soo Beng Kiang. Tetapi di Atlanta 1996 skrip sebaliknya yang terjadi dan beregu kita hanya berpuas hati dengan pingat perak. Kali ini Korea Selatan pula mendominasi pungutan pingat badminton sedang kita hanya pulang dengan satu perak dan satu gangsa.

 facebook.com

Sydney 2000

Selepas membaiki rekod Olimpik kita di Atlanta 1996, edisi Sydney 2000 pula adalah edisi Olimpik yang wajar kita lupakan. Malaysia diwakili oleh Wong Choon Hann dan Ong Ewe Hock dalam acara perseorangan, manakala untuk beregu pula Choong Tan Fook/Lee Wan Wah dan Cheah Soon Kit/Yap Kim Hock menjadi sandaran negara. Hanya Choong Tan Fook/Lee Wan Wah sahaja yang pergi jauh, tetapi tunduk dalam penentuan pingat gangsa kepada beregu Korea Selatan. Malaysia pulang dengan tangan kosong, China mendominasi pungutan pingat badminton keseluruhan di Sydney 2000.

 facebook.com

Athens 2004

Roslin Hashim.

Roslin Hashim.

Image via sports.sina.com.cn

Athens 2004 menyaksikan penyertaan paling ramai atlet badminton Malaysia. Dalam perseorangan lelaki, Malaysia diwakili oleh pemain veteran Wong Choon Hann, Roslin Hashim dan seorang pemain muda bernama Lee Chong Wei. Untuk beregu pula gandingan Choong Tan Fook/Lee Wan Wah ditemani oleh gandingan Chan Chong Ming/Chew Choon Eng manakala beregu wanita menyaksikan kemunculan Chin Eei Hui/Wong Pei Tty. Tetapi kuantiti tidak menjanjikan kualiti. Kita pulang tangan kosong sekali lagi, pencapaian terbaik pun setakat suku akhir oleh Choong Tan Fook/Lee Wan Wah yang tewas kepada Lee Dong-soo/Yoo Yong-sung, beregu dari negara pakar beregu iaitu Korea Selatan. China sekali mendominasi kutipan pingat badminton di Athens 2004.

Trivia: Lin Dan juga turut serta di Olimpik buat kali pertama di Athens 2004, sama seperti Lee Chong Wei. Tapi Lin Dan kalah di perlawanan pertama kepada Ronald Susilo dari Singapura. Lee Chong Wei pergi jauh sedikit, ke pusingan kedua sebelum tewas kepada Chen Hong dari China.

 facebook.com

Beijing 2008

Image from politiken.dk
Image via politiken.dk

Selepas dua edisi Olimpik berakhir dengan tangan kosong, Malaysia turun di Beijing 2008 sekali lagi dengan pasukan yang besar. Lee Chong Wei dan Wong Choon Hann untuk perseorangan lelaki; Choong Tan Fook/Lee Wan Wah dan Koo Kien Keat/Tan Boon Heong untuk beregu lelaki; Wong Mew Choo untuk perseorangan wanita dan Wong Pei Tty/Chin Eei Hui untuk beregu wanita. Tetapi atlet wanita kita bungkus awal seperti kebiasaan, manakala beregu lelaki Choong Tan Fook/Lee Wan Wah terus dilanda badi Korea Selatan. Koo Kien Keat/Tan Boon Heong mara hingga ke suku akhir sebelum ditundukkan oleh beregu mantap Indonesia, Markis Kido/Hendra Setiawan dalam perjalanan mereka merangkul emas. Hanya Lee Chong Wei berjaya merangkul pingat buat negara dalam bentuk perak apabila tewas pada Lin Dan. China seperti dijangka selaku tuan rumah mendominasi sukan badminton di Beijing 2008.

 facebook.com

London 2012

Malaysia turun ke London 2012 dengan pemburuan pingat emas diteruskan, khususnya dalam acara perseorangan lelaki. Lee Chong Wei seperti biasa mengepelai pemburuan, dibantu oleh beregu lelaki Koo Kien Keat/Tan Boon Heong, perseorangan wanita Tee Jing Yi dan beregu campuran Chan Peng Soon/Goh Liu Ying. Sekali lagi kita mengulang skrip yang sama. Hanya Lee Chong Wei berjaya merangkul pingat perak setelah tewas sekali lagi kepada seteru utama Lin Dan. London 2012 juga menyaksikan dominasi total oleh China, merangkul semua lima pingat emas yang dipertandingkan untuk acara sukan badminton, kali pertama dalam sejarah Olimpik.

Trivia: Selain pingat perak oleh Lee Chong Wei, Malaysia juga berjaya membawa pulang sebutir pingat gangsa sumbangan atlet terjun, Pandelela Rinong. Sukan terjun muncul sukan kedua menyumbangkan pingat buat negara di Olimpik.

 facebook.com

Rio de Janeiro 2016

Chan Peng Soon/Goh Liu Ying.

Chan Peng Soon/Goh Liu Ying.

Image via Reuters

Lapan atlet badminton bersaing di Rio 2016. Untuk kali pertama juga Malaysia bersaing dalam semua lima acara, perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki, wanita dan juga campuran. Perseorangan wanita Tee Jing Yi kandas di peringkat kumpulan, manakala beregu wanita Vivian Hoo Kah Mun/Woon Khe Wei mara ke pusingan kalah mati tetapi tumpas di suku akhir kepada beregu wanita Jepun, Misaki Matsutomo/Ayaka Takahashi. Pun begitu dalam tiga acara badminton lain kita mempunyai wakil di perlawanan akhir, dan potensi tiga pingat emas.

Pemburuan pingat emas Malaysia nampak seperti akan membuahkan hasil tetapi pengakhirannya sudah pun kita ketahui semalam. Kesemua prospek tiga emas berubah menjadi perak. Pun begitu ia masih pencapaian terbaik dalam acara badminton oleh Malaysia sepanjang sejarah Olimpik, hasil usaha Lee Chong Wei, Goh V Shem/Tan Wee Kiong dan Chan Peng Soon/Goh Liu Ying. China muncul juara keseluruhan dalam acara sukan badminton, tetapi kali ini hanya dengan dua butir pingat emas. Malaysia pulang dengan tiga perak dari badminton, berserta satu perak dari sukan terjun dan satu gangsa dari sukan lumba basikal. Juga menjadikan Olimpik Rio 2016 sebaga edisi Olimpik terbaik negara.

 facebook.com
Goh V Shem/Tan Wee Kiong.

Goh V Shem/Tan Wee Kiong.

Image via Reuters



No comments:

Post a Comment

E-FOLIO (PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN)

😇  E-FOLIO - PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (MPU21032)     SUKAN MEMUPUK PERPADUAN DI MALAYSIA NAMA KUMPULAN : MUHAMMAD TAUFIQ BIN MAZLAN ...